MISI SEKOLAH

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Melestarikan : Usaha mengekalkan atau kegiatan membangun (memajukan atau mengembangkan) murid

Sistem : Set Prosedur / pengorganisasian

Pendidikan : Ilmu didik, ilmu mendidik,  ilmu pengetahuan mendidik

Berkualiti : Baik kualitinya; tinggi nilainya

Membangunkan : Usaha memajukan

Potensi : Keupayaan atau kemampuan murid untuk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu;keupayaan

Individu Murid

Aspirasi Cita-cita/ kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu

Negara       Malaysia

Sekolah Kebangsaan Membedai (SKM)  membangun murid agar berkemampuan atau melakukan sesuatu untuk mencapai aspirasi (keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu; cita-cita) yang setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Potensi ini akan dibangunkan oleh SKM melalui ilmu didik yang menyeluruh dan bersepadu serta tinggi nilainya. Warga pendidik dan sokongan SKM sentiasa berusaha mengekalkan sistem pendidikan yang bernilai tinggi dalam usaha memajukan keupayaan murid sesuai dengan cita-cita  Malaysia, melalui keberkesanan;

  1. Kepimpinan Instruksional
  2. Pengurusan Sahsiah dan Hal Ehwal Murid
  3. Pengurusan Kurikulum
  4. Pengurusan Kokurikulum
  5. Pengurusan Kewangan